Monday, December 27, 2010

MATAWANG DALAM ISLAM

Ketika nabi s.aw diutuskan, manusia bermuamalah menggunakan duit Rom dan Parsi yang terdiri dari Dinar dan Dirham. Mereka bermuamalah dengannya berdasarkan keberatannya. Beginilah yang disebut oleh Ibn Khaldun dalam kitab mukaddimahnya.

Nabi s.aw memperakukan penggunaan dinar dan dirham mengikut timbangan. Zakat, jizyah dan jual beli dilakukan dengan mata wang ini secara timbangan.

Nabi s.aw bersabda:
(لا تبيعوا الذهب بالذهب ولا الورق بالورق إلا وزنا بوزن مثلا بمثل سواء بسواء )
"Janganlah kamu beli emas dengan emas, tidak juga duit dengan duit melainkan timbangan dengan timbangan, serupa dengan serupa dan sama dengan sama".

Ketika wafat nabi s.a.w, keadaan manusia masih dalam keadaan tersebut. Pada zaman khulafaur Rasyidin bermulalah pemikiran untuk mengubah matawang yang datang dari Negara Parsi dan Rom. Maka Saidina Umar r.a menambah ukiran-ukiran Islam keatas matawang yang diamalkan. Ia menambah keatas sebahagiannya namanya sebagaimana ia menambah sebahagiannya : (
الحمد لله) atau (محمد رسول الله) atau (بسم الله) atau (بسم الله ربي).

Umar r.a pernah berfikir untuk menjadikan matawang daripada kulit. Diriwayat dari Hassan: adalah Umar ibn Khattab berkata: “Aku bercita-cita untuk menjadikan dirham daripada kulit unta”, lalu dikatakan kepadanya: “Kalau demikian akan tiadalah unta” lalu ia terhenti. Dan Saidina Uthman ibn Affan pernah mengukir keatas sebahagian matawang pada zamannya kalimah: (
الله اكبر).

Pada tahun 76 H, dan pada zaman Abdul Malik ibn Marwan (65-86H) Ia mula menempa dinar dan dirham Islam. Beliau menulis kepada Hajjaj ibn Yusuf As Saqafi supaya menempanya, lalu Hajjaj melakukannya. Adalah timbangan dinar 22 qirat dan menjadikan timbangan dirham 15 qirat.

Beginilah Sa'id ibn Musayyib menceritakan : “Sesungguhnya orang pertama yang menempa matawang yang diukir ialah Abdul Malik ibn Marwan. Adalah dinar dikatakan ukirannya ialah (
الله أحد الله الصمد) lalu dinamakan dengan “Makruhah” kerana dibenci dibawa oleh orang yang berjunub.

Adalah kuasa menempa matawang pada zaman itu untuk kerajaan sahaja, dan Hajjaj Yusuf As Saqafi mengeluarkan perintah menghalang manusia menempah dirham, sehingga Ahmad bin Hanbal berkata dalam Riwayat Ja’far bin Muhammad: “Tidak boleh menempa dirham melainkan dalam negara dengan izin Sultan”
Sumber: www.syeikhulmaqari.blogspot.com
Mahu membeli Dinar dan Dirham, hubungi saya :
Muhammad Fahmi B. Ghazali 019-5577753

Sunday, December 26, 2010

DUIT, EMAS DAN PERAK

HAKIKAT DUIT

Duit disisi fuqaha’syariat Islam
Dimaksudkan dengan duit pada istilah fuqaha’ ialah yang ditempa dari emas dan perak. Dikatakan juga: Tempaan daripada emas dan perak dan yang mengambil tempatnya yang digunakan oleh manusia dalam muamalat dan dianggap nilai kepada harta.

Ta’rif kepada duit ini adalah pendapat yang rajih, kerana dalam istilah manusia menganggap sesuatu sebagai harga yang mengambil tempat duit. Kerana ini kebanyakan fuqaha’ semasa dan pengkaji menerima amalan seperti ini.

DUIT SEBELUM ISLAM

Duit sebelum Islam melalui beberapa peringkat, peringkat yang penting ialah;

1- Peringkat pertukaran
Iaitu pertukaran barang dengan barang yang kedua-duanya bukan duit atau tukar barang dengan barang.

2- Duit barangan
Iaitu barang yang biasa digunakan oleh manusia sebagai perantaraan dalam pertukaran seperti susu, teh, unta, gandum dan sebagainya. Ia berbeza mengikut perbezaan persekitaran dan cara kehidupan manusia.

3- Duit galian
Melihat kepada kesukaran dalam menggunakan duit barangan, lalu mereka beralih kepada menggunakan duit galian, maka mereka menggunakan tembaga dan gangsa, kemudian mereka diberi petunjuk menggunakan emas dan perak, kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan kecantikan yang tersendiri, kekal apabila ditanam dan unsurnya yang tetap yang terpelihara dari di manipulasi.

"Emas alat takwa taqarrub kepada Allah"

Sumber; http://emas-amsyiq.blogspot.com/
Nak beli emas hubungi saya 0195577753 Muhammad Fahmi Ghazali